Soalan 1: Apa Akta LKTN?

Jawapan 1: Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692]

Mengikut Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692), Kawalan Pergerakan Tembakau Diawet (Seksyen 52. (1) & (2))

(1) Tiada seorang pun boleh memindahkan, membawa, mengangkut atau mengambil bahagian dalam pemindahan, pembawaan atau pengangkutan tembakau diawet melainkan jika dia telah mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

 

Soalan 2: Apakah Perundangan Subsidiari Di Bawah Akta?

Jawapan 2:

  1. Peraturan Lembaga Tembakau dan Kenaf Kebangsaan 2011 (Pelesenan Tembakau dan Pelepasan Tembakau)
  2. Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Perlesenan dan Pelepasan Kenaf Kebangsaan Kenaf dan Peraturan Lembaga Tembakau 2011 (Gred dan Harga Minimum) (Tembakau Terpelihara)

 

Soalan 3: Apakah Objektif LKTN di bawah Akta?

Jawapan 3:  Objektif adalah:

  1. Untuk menggalakkan dan membangunkan industri kenaf;
  2. Untuk membangunkan objektif, dasar dan keutamaan negara untuk pembangunan dan pentadbiran industri kenaf yang teratur;
  3. Untuk mengawal selia, mengawal dan menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan industri tembakau; dan
  4. Menggalakkan dan membangunkan aktiviti ekonomi lain bagi mereka yang terlibat dalam industri kenaf dan industri tembakau.

 

Soalan 4: Apa Fungsi LKTN?

Jawapan 4:

  1. Melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi memastikan daya maju industri kenaf
  2. Untuk melaksanakan dasar dan mengawal selia industri tembakau;

 

Soalan 5: Siapakah yang layak memohon permit ini?

Jawapan 5: Penguatkuasaan pelesenan lesen tembakau LKTN pada tahun 2022 adalah bagi individu/syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan tembakau seperti yang termaktub dalam [Akta 692] Akta Lembaga Tembakau dan Tembakau Negara 2009 seksyen 39 (1).

5 lesen yang dilaksanakan ialah:

  1. Mengawet tembakau,
  2. Membeli tembakau diawet,
  3. Mengilang tembakau atau keluaran tembakau,
  4. Mengadu tembakau dan
  5. Mengedar tembakau atau keluaran tembakau.

 

Soalan 6: Bilakah pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan ini akan diadakan?

Jawapan 6: Pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan Pelesenan ini akan bermula sebagaimana berikut;

Fasa 1 — Pelaksanaan kempen kesedaran dan hebahan serta penguatkuasaan pelesenan bagi aktiviti mengawet tembakau, membeli tembakau diawet, mengilang tembakau atau keluaran tembakau dan mengadun tembakau mulai 1 Januari 2022;

Fasa 2 — Pelesenan pengedaran tembakau atau keluaran tembakau tanpa bayaran fi mulai 1 Januari 2023; dan

Fasa 3 — Penguatkuasaan sepenuhnya dengan bayaran fi mulai 1 Januari 2024. Dalam fasa 3, aktiviti pelesenan serta penguatkuasaan sepenuhnya akan dikuatkuasakan melibatkan pengedaran tembakau dan keluaran tembakau dengan kadar fi maksima sebanyak RM150 setahun.

 

Soalan 7: Mengapakah penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau Dan Keluaran Tembakau) 2011 telah ditangguhkan?

Jawapan 7: Pelaksanaan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau Dan Keluaran Tembakau) 2011 telah ditangguhkan secara pentadbiran kerana terdapat beberapa isu yang perlu diselaraskan di antara LKTN dengan kementerian, agensi penguatkuasaan yang lain dan juga pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri tembakau (tembakau dan keluaran tembakau).

lktn license

Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan dengan tembakau diawet dan keluaran tembakau?

Jawapan 8: “tembakau diawet” ertinya tembakau yang telah melalui suatu proses yang melaluinya daun-daun tembakau atau bahagian-bahagian lain pokok tembakau dikeringkan bagi maksud pemeliharaan dan pematangan, dan termasuk proses pengawetan pemanas, pengawetan udara, pengawetan api dan pengawetan matahari;

“keluaran tembakau” ertinya rokok atau cerut atau apa-apa bentuk keluaran yang berasal daripada tembakau termasuk apa-apa campuran yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran perubatan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] atau Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 [P.U. (A) 223/1984]

 

Soalan 9: Adakah diperlukan lesen bagi menjalankan aktiviti mengilang tembakau atau keluaran tembakau daripada LKTN sekiranya telah mempunyai lesen dari agensi lain yang berkaitan?

Jawapan 9: Berdasarkan seksyen 39(4) Akta LKTN syarikat yang telah memperolehi lesen mengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [ Akta 156 ] tidak memerlukan lesen Mengilang Tembakau atau Keluaran Tembakau) dari LKTN.

 

Soalan 10: Apakah yang dimaksudkan dengan mengedar tembakau dan keluaran tembakau?

Jawapan 10: Aktiviti mengedar tembakau dan keluaran tembakau meliputi;

i. Mengalih

ii.Mengangkut

iii.Memindahkan

iv.Menghantar

v.Menyampaikan

vi.Membekalkan

vii.Membawa; atau

viii.Menyimpan

apa-apa keluaran tembakau atau rokok sebanyak 200 batang atau lebih.

 

Soalan 11: Apakah peranan dan fungsi LKTN dalam membanteras aktiviti pengedaran tembakau dan keluaran tembakau yang tidak sah?

Jawapan 11: LKTN melengkapkan kelompongan penguatkuasaan dalam rantaian nilai (value chain) di peringkat pengedaran rokok dan tembakau berdasarkan seksyen 39(1), 39(2), 51 dan 52 Akta LKTN dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau Dan Keluaran Tembakau) 2011.

 

Soalan 12: Siapakah Pegawai Diberi Kuasa (PDK)?

Jawapan 12: Di bawah Seksyen 54 Akta LKTN, Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai atau pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan melibatkan aktiviti pelesenan dan penguatkuasaan.

 

Soalan 13: Berapakah fi yang dikenakan bagi permohonan lesen dibawah Peraturan ini?

Jawapan 13: Fi yang dikenakan mulai 2022 adalah seperti berikut :

  1. Lesen mengawet tembakau (RM50)
  2. Lesen membeli tembakau diawet (Pemanas RM300) (lain-lain RM100)
  3. Lesen mengilang tembakau (RM300)
  4. Lesen mengadun tembakau (RM150)

Manakala lesen berikut :

  1. Lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau (RM150) fi dikecualikan sehingga tahun 2023

 

Soalan 14: Sekiranya premis enggan dilesenkan, apakah langkah dan tindakan yang akan diambil oleh LKTN?

Jawapan 14: Tindakan boleh dikenakan di bawah seksyen 39(5) Akta LKTN. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

 

PERMIT IMPORT TEMBAKAU

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir Permit Import Tembakau mengikut Peraturan Kastam (Larangan Import / Eksport) (Pindaan) 2016. Agensi LKTN di bawah Kementerian Perindustrian Utama (MPI) bertanggungjawab memproses permohonan permit import (AP) Tembakau mentah.

 

English: License LKTN FAQs

Chinese: 烟草或烟草制品分销执照常问问题 (FAQs)

 

Bagaimanakah permohonan lesen boleh dibuat ?

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang lesen dan permohonan lesen ini, sila hubungi kami untuk memahami pergetahuan garis panduan dan syarat permohonan lesen dengan teliti sebelum memohon.