S1: Apakah maksud lesen premis?
J1: Lesen yang dikeluarkan kepada satu- satu premis untuk menjalankan apa-apa aktiviti tred, perniagaan dan Perindustrian.

S2: Apakah maksud lesen komposit?
J2: Lesen komposit adalah kombinasi lesen premis dan lesen iklan papan tanda premis

S3: Adakah kriteria premis yang diperlukan untuk membuat permohonan lesen premis?
J3: 1) Premis berada di dalam Kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jika tidak pasti sila semak cukai pintu / cukai taksiran premis,
2) tidak berada dalam Kawasan / zon kediaman,
3) sekiranya ya, permohonan tukarguna kegunaan tanah boleh dikemukakan ke Jabatan Perancangan Bandaraya, Kuala Lumpur.

S4: Apakah dokumen memohon lesen premis perniagaan?
J4: Setiap permohonan perlu mengemukakan dokumen berikut:

  1. Salinan pendaftaran syarikat / perniagaan / pertubuhan (Borang 9,49,24 atau boring D beserta maklumat perniagaan & pemilik),
  2. Salinan kad pengenalan / passport pemohon,
  3. Visual iklan papan tanda berwarna serta gambar lokasi pemasangan iklan,
  4. Gambar premis berwarna,

Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan dokumen tambahan bagi aktiviti di bawah:

AKTIVITI DOKUMEN TAMBAHAN
Aktiviti di Tanah Lot / Tanah Lapang / Bangunan Sesebuah / Tukar Kegunaan Salinan Perintah Pembangunan (DO)
Hiburan Salinan Perintah Pembangunan (DO) Aktiviti Hiburan
Taska / Pusat Jagaan Salinan Sijil / Surat Kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Hotel Salinan Perintah Pembangunan (DO)
Salinan Sijil kelayakan Menduduki Bangunan (CF) / Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
Universiti / Kolej / Sekolah / Tadika / Pusat Tuisyen Salinan Sijil / Surat Kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengurup / Peminjam Wang / Nombor Ramalam Salinan Sijil / Surat Kelulusan Bank Negara / Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) / Kementerian Kewangan Malaysia
Klinik Salinan Perakuan Amalan Tahunan / Perakuan Penubuhan Klinik
Pusat Siber (e-sukan) Salinan Surat Kelulusan / Sokongan / Penarafan dari Kementerian Belia dan Sukan atau Persatuan e-Sukan Kuala Lumpur
Permohonan Permilikan Bukan Warganegara Sijil Perakuan / Surat Sokongan dari Agensi Penggalakan Pelaburan atau Pihak Berkuasa Kawal Selia seperti MITI / MIDA / KPDNHEP / INVESTKL / Bank Negara Malaysia atau;
Salinan Pendaftaran Francais dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP)
Aktiviti Perniagaan di Kampung Tradisi Salinan Perjanjian Penyewaan / Surat Kebenaran Pemilik Tanah
Lampiran: SENARAI KAMPUNG TRADISI

S5: Bolehkah warganegara asing memohon lesen premis perniagaan?
J5: Warganegara asing yang mempunyai dokumen pengenalan yang sah boleh membuat permohonan lesen premis perniagaan kecuali bagi aktiviti-aktiviti dan lokasi seperti di senarai aktiviti yang tidak dibernarkan untuk pemilikan BUKAN WARGANEGARA (link: SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN UNTUK PEMILIKAN BUKAN WARGANEGARA)

S6: Berapakah kadar bayaran fi lesen yang dikenakan?
J6: kadar fi lesen adalah mengikut kategori seperti dibawah:

KATEGORI AKTIVITI FI LESEN
Pejabat Urusan RM200.00/unit
Tred Perniagaan RM3.00/mps
Penjualan Makanan / Minuman RM3.00/mps
Pembuatan / Perkilangan RM5.00/mps
Kesihatan / Kecantikan RM50.00/mps
Bengkel dan Kerja Kejuruteraan RM5.00/mps
Pertanian dan Penternakan RM3.00/mps
Gudang / Stor / Penyimpanan Barang RM3.00/mps

S7: Apakah prosedur untuk pembaharuan lesen?
J7: Bagi pembaharuan lesen premis taraf tetap, boleh hubungi kami untuk dapatkan bantuan pembaharuan lesen.
Bagi pembaharuan lesen premis bersyarat, pelesen perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Jabatan/Agensi berkaitan terlebih dahulu.

S8: Saya telah kehilangan lesen perniagaan saya. Bolehkah saya dapatkan salinan pendua lesen saya?
J8: Pelesen boleh mencetak semula lesen terkini melalui laman web.

S9: Saya telah mempunyai lesen premis perniagaan untuk 1 aktiviti sahaja. Jika saya ingin menambah aktiviti perniagaan, perlukah saya membuat permohonan baru untuk aktiviti tersebut?
J9: Pelesen boleh hubungi kami untuk dapatkan bantuan menambah aktiviti baru.

S10: Jika saya ingin membuka perniagaan di premis yang lain, perlukah saya memohon lesen premis semula?
J10: Ya, lesen dikeluarkan mengikut alamat premis dan tidak boleh ditukar ke lokasi premis yang lain.

lesen dbkl

S11: Bagaimana kelulusan lesen boleh dibatalkan?
J11: Lesen boleh dibatalkan melalui 2 cara iaitu,

  1. Permohonan pembatalan lesen oleh pelesen itu sendiri atau,
  2. Kelulusan lesen dibatalkan oleh jabatan atas sebab-sebab pelanggaran syarat pelesenan.

S12: Aadakah pengecualian lesen premis boleh diberikan kepada perniagaan tertentu?
J12: Ya. Pengecualian lesen premis hanya boleh diberikan aktiviti seperti di senarai ini: SENARAI PENGECUALIAN LESEN PREMIS (link: SENARAI PENGECUALIAN LESEN PREMIS).

S13: Bagaimana untuk memohon lesen premis perniagaan di rumah / premis kediaman?
J13: Pemohon perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Perintah Pembangunan (DO) yang menyatakan permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada perdagangan.

S14: Antara sebab-sebab permohonan lesen premis perniagaan ditolak oleh Jawatankuasa Pelesenan.
J14: Permohonan lesen boleh ditolak atas sebab-sebab seperti berikut:

  1. Premis yang mempunyai tangga Tunggal dan tidak mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984,
  2. Terdapat tambahan dan perubahan yang tidak mendapat kelulusan perancangan dan pelan bangunan,
  3. Premis tidak mematuhi keperluan dan Langkah keselamatan pencegahan kebakaran seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,
  4. Tidak memasang perangkap sisa minyak (grease trap) atau Jubin di dalam premis (bagi aktiviti restoran / kedai makan) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar,
  5. Terdapat bunyi bising dan kacau ganggu serta tiada system kawalan akoustik (bunyi bising),
  6. Tidak mematuhi garis panduan Pelesenan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja.

S15: Apakah Tindakan yang diambil jika berlaku pelanggaran syarat lesen premis perniagaan
J15: Pelanggaran syarat kepada Akta / undang-undang kecil berkaitan pelesen akan dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. Notis Kompaun, dan jika masih melakukan kesalahan pelesen akan diberikan;
  2. Surat tunjuk sebab dan tindakan terakhir adalah;
  3. Pembatalan lesen perniagaan.

S16: Apakah kategori produk biodegradasi yang dibenarkan untuk digunapakai?
J16: Penetapan standard dan kriteria produk biodegradasi yang dibenarkan untuk digunapakai adalah jenis klasifikasi biodegradable (SIRIM Eco-001:2016) atau compostable (SIRIM Eco-009:2016).

S17: Dimanakah saya boleh mendapatkan pembekalan produk biodegradasi?
J17: Pembekalan produk biodegradasi boleh diperoleh daripada semua pembekal yang telah mendapat pensijilan SIRIM Eco-001:2016 dan Eco-009:2016 daripada SIRIM Berhad.

S18: Bolehkah peniaga / peruncit mengenakan caj terhadap pembungkusan produk biodegradasi?
J18: Semua peniaga dan peruncit adalah dibenarkan untuk mengenakan caj 20 sen ke atas beg biodegradasi yang dibekalkan kepada pembeli.

S19: Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya pelesen tidak menggunakan produk bio?
J19: Mana-mana pemegang lesen yang enggan atau gagal mematuhi arahan penggunaan produk bio tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Undang-undang Kecil Pelesen 1 Wilayah Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 bermula 1 September 2017 pelanggaran syarat lesen dan syarat tambahan boleh dikenakan hukuman seperti berikut:

  1. Kompaun sehingga RM1,000.00,
  2. Lucut hak deposit,
  3. Denda tidak lebih dari RM2,000.00 dan penjara tidak lebih setahun,
  4. Pembatalan lesen.

English: Frequently Asked Questions About DBKL Premises Business Licenses Application

中文:DBKL 吉隆坡市政厅营业执照申请的常见问题

Layan laman FB easyexpats / easyexpatskl hari ini untuk melihat lebih banyak kes kelulusan lesen majlis terbaru: https://www.facebook.com/easyexpats / https://www.facebook.com/easyexpatskl

Artikel lain yang berkaitan:
Garis Panduan Papan Tanda Perniagaan Untuk Permohonan Lesen Papan Tanda Majlis
Panduan Permohonan Lesen Perniagaan MBSA
Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Keperluan Lesen Kilang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Lembah Klang (FAQs)

Anda masih menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan lesen majlis? Berbincang dengan kami hari ini dan kami akan membantu anda untuk mendapatkan kelulusan lesen PBT/Majlis dengan cepat dan mudah.

PBT / Majlis Licence Application Enquiry 马来西亚地方政府(市政局 / 市议会)执照申请查询

  • Please tell us which area you need our help ?
    请让我们知道您要申请什么项目
  • What types of business activities are you doing, please briefly describe.
    请简单说明贵公司从事什么类型的商业活动 / 业务
  • Details of company shareholder record.
    公司股东记录的详细信息,可以是100%外国,100%本地或合资公司成立。
  • Please write your requirement as details as you can.
    请详细地写下您的要求
  • Company full name.
    公司名称
  • Please tell us type of company registration
    请告诉我们公司注册类型
  • Primary Email Address For Communication.
    您常用的电子邮件地址
  • Please provide company address that need to apply license for
    请提供需要申请执照的公司地址
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further. Time stated is in Malaysian Time (GMT +08 00).
    请让我们知道与您进一步联系方便的马来西亚时间(GMT +08 00)。